Thursday, July 12, 2012

Along's wedding :)

Last month, aku update pasal wedding along wan, tapi sekarang aku update pasal perkahwinan along aku pula :) Act, tarikh along wan and along aku kahwin tak la jarak sangat. Lewat seminggu je. Tapi disebabkan kekangan masa, baru hari ni aku dapat update about my bro's wedding :)


1 Jun 2012.
Location : Home Sweet Home, Melaka.


Sebelum gerak ke Tampin, kenduri kesyukuran telah diadakan di rumah den. 





makcik makcik yang sibuk menolong kat dapur.





aku harap oneday nanti aku ada satu bilik pengantin macam ni but in green colour. eh

Malam nikah,
Location : Pulau Sebang, Negeri Sembilan.


Me and along :)





Alhamdulilah, dengan sekali lafaz je along selamat dinikahkan :) hebat tak hebat beliauuuu. hehehe









2 Jun 2012,
Pulau Sebang.








My happy family. Cuba teka yang mana saya?

3 Jun 2012,
Batu Berendam Melaka.
Home Sweet Home :)

Time majlis kat rumah, family aku semua dah decide nak pakai merahhh :)



Maklong's family :)


Time ni dah ramai takde kot. Yelaa, masing masing kepenatan kan. Tak larat dah nak bergambar semua.






To my hero and heroin, thanks sebab datang rumah aku :) 

And lastly, this post credit to my Along and my Kaklong :D


Tuesday, April 24, 2012

This post credit to team group + classmate :)

Alhamdulilah final project for this short sem already done. Semalam group kami dengan jayanya menjual pelbagai jenis cake. Aku malas haa nak bebel banyak banyak. Haha. Upload gambar jelaa eh ehh.


This is my group, my classmate and my girl :)


She's gorgeous :)


Jiran kedai sebelah :)


Classmate! :)


Thursday, April 12, 2012

Seriously, i need my family right now.

Last day, i got message from angah. Here is our conversation.

12.50am

Angah : Alang kat mana?

Me : Kat rumah Shah Alam. Kenapa ngah?

Angah : Takde apa apa. Sihat ke? Tidur elok elok, ambil air sembahyang dulu. Angah tengah tidur , mimpi kau ni. Tapi tak ingat apa. Amek air sembahyang dulu tau.

Me : Sihat alhamdulillah. Okay ngah. Insyallah takde apa apa. Mimpi buruk ke? :(

Angah : Aah. Tidur elok elok. Apa apahal msg angah.

Me : Okay ngah.

After baca text angah semua seriously hati aku rasa lain. Rasa takut, risau sangat. Rasa macam nak ada dengan family je time tu. Sumpah rasa nak ada mak je time tu. Plus lagi dengan rasa rindu kat family. Rindu kat adik adik. Tengok je gambar family kat meja study aku, terus air mata ni meleleh. Seriously disisi mak tu adalah tempat yang paling aman sekali. Nak mak! :'(

Tuesday, December 13, 2011

Tuesday, November 22, 2011

Abah dapat kaki palsu. Alhamdulilah :)

Petang tadi mak call. Mak cakap abah dah dapat kaki palsu. Alhamdulillah. Syukur Ya Allah. Dapat juga abah kaki even kaki palsu pun. Senangla dia nak bergerak mana mana lepas ni. Then petang tadi juga abah call. 'Abah dah nak dapat kaki baru ni. Abah kat hospital.' Bergenang air mata aku. Dengar suara dia, happy je. Senang hati aku. Then aku cakap dengan abah dah ada kaki nanti boleh datang tengok alang kat Shah Alam. Then abah cakap, 'InsyaAllah nak.' Ya Allah, sukanya akuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu! 

Tuesday, October 25, 2011

kawan

to you my friend,


If you ignore me, I will ignore you. If you dont 

start the conversation, we wont talk. If you 

don't put in the effort, why should I?

thank you.

Thursday, October 20, 2011

super mom

ini baru sikit je dugaan yang Allah nak uji aku berbanding dugaan yang mak terima. 2 hari tanpa mak kat rumah ni macam macam benda yang aku kena tempuh dan yang aku kena hadap. bangun pagi, kejut adik adik bangun pergi sekolah, mandikan abah, kemas rumah. siapkan sarapan pagi abah dan jaga budak budak. tu pun aku dah rasa penat semacam buat semua tu. kadang kadang aku terfikir. macam mana mak boleh tempuh benda tu semua sorang sorang? hati jenis apa yang mak miliki? ya Allah, tabah betul mak hadapi dugaanMu. aku ni pun kadang kadang rasa tak tertanggung kalau nak tempuh benda ni semua. aku tak larat. tapi bila fikirkan mak, aku tahu aku kena kuat. kuat macam mak. setiap pagi kena marah dengan abah, kena hadap baran abah. orang sakit memang selalu macam tu kan? tadi pergi hospital tengok along, along sakit. macam tak tertanggung je aku rasa :( dan bila tengok muka mak, aku tahu mak penat. penat layan along. sampai dia cakap kat aku 'dah 2 hari mak tak tidur' ya Allah, belasnya aku kat dia. then balik dari hospital, abah terus angkat air sembahyang. abah jatuh! jatuh sebab licin. hati siapa yang tak sedih bila tengok abah jatuh depan mata? dengan keadaan kaki dia yang macam tu. sampai dia cakap 'kaki abah sakit' ya Allah, dugaan apa yang kau beri. tak sanggup tengok keadaan abah macam tu. 


bila jauh dari mak ni, macam macam yang aku rasa. besar sangat pengorbanan dia kat keluarga aku. bersyukur ada mak yang macam tu. sungguh rasa tak ternilai pengorbanan yang dia buat. tuhan, aku nak jadi macam dia. aku nak kuat macam dia. aku nak tabah macam dia. 

Tuesday, October 11, 2011


alang tahu mak kuat kan nak terima ni semua. biar mulut orang nak cakap apa apa pun pasal keluarga kita, alang tahu mak boleh terima keadaan ni semua. alang pernah cakap dengan mak kan. Allah tu tak akan menguji hambanya di luar kemampuan hambanya itu sendiri. Allah tahu yang mak boleh hadapi semua ni sebab tu laa dia bagi mak ujian macam ni. bukan mak jee, tapi kita sekeluarga. anak anak penguat mak. jangan rasa down ke apa. kitorang sentiasa ada belakang mak. kitorang sentiasa support mak. alang sendiri tak sanggup tengok mak menangis lagi ke apa. kalau ada apa apa mak cerita dekat kitorang okay. even mak ni jenis pendam pun. kitorang ada untuk mak. pedulikan apa orang nak cakap pasal kita. oneday nanti Allah akan tunjukkan siapa betul and siapa salah. and orang yang berkenaan, stop cakap bukan bukan pasal kitorang sekeluarga. kenapa dengki sangat kau dengan kitorang? cukuplaa dengan apa yang mak aku lalui selama ni. tak sanggup lagi aku nak tengok dia rasa terbeban dengan keadaan ni.


to readers,
if oneday nanti aku dah tade kat dunia ni, tunjukkan post ni kat mak aku. aku sayang dia lebih dari segalanya.


* Baby you kena kuat taw, you dengan family you kena kuat dan sabar. ni semua ujian dari Allah, Allah sayangkan family you sebab tu family you dapat ujian macam ni. even i tak pernah rasa apa yang you rasa sekarang tapi i faham. biar apa orang cakap sayang, ada benda yang dorang dengki dekat family you sebab tu dorang buat cerita. you dengan abg abg you kena kuat untuk kuatkan mak. i tahu you boleh, you tabah sayang. i nampak you memang kuat, tabah dan sabar. you kalau ada apa apa masalah cerita dekat i, kongsi dengan i okay.


to wan amirul hisham,
i simpan lagi text you tu. i bacakan kat mak :) thanks sebab sentiasa ada dengan i even senang atau susah. i love you baby.





Monday, October 10, 2011

happy bornday along :)


sweet 24 along. hoyeahh hoyeahh.

sorry, post ni sepatutnya di update pada 8 oct act. tapi disebabkan kesibukan yang agak melampau hari ni baru dapat update.
 manjakan saya, haha

to along, happy birthday. semoga panjang umur and murah rezeki. cepat cepat kahwinlaa okay. tak sabar nak ada anak buah. nanti dia boleh panggil alang, maklang and wan amirul hisham pun tak sabar sabar nak dipanggil paklang, haha. i love you along <3


waiting 18 oct pula. birthday angah and our third anniversary :)

Tuesday, October 4, 2011

happy birthday uda :)

Selamat hari jadi untuk adik tersayang, Nur' Ain Fateha. Kak lang love uda. hihi.






yess, saya tahu adik saya comel macam saya, thanks.



hero hero saya. yang dua orang jejaka tu dengan muka macam apa, balik dari main bola. dah macam orang sakai je kan.

*saya rasa nak pelangkong je kepala dia sebab dok sembur air kat sate tu sampai keluar api.

okay ni adik saya acik. adik yang nauzubillah degilnya. memang patut pun degil. sebab dia ada 2 pusau kat kepala. haha. orang tua tua kata, orang yang ada 2 pusau kat kepala ni degil yang teramat sangat. so lepas ni korang check laa pusau kat kepala masing masing. nasib aku ada satu jee, haha 


PUAN ABSAH HEBAT :)

 ni buah hati pengarang jantung saya. tade sesiapa boleh ganti dia dalam hidup saya. jelas kan? i love you mak.

#sorryifgambartakjelas.cameraphonecikaijewoiiiiii.