Wednesday, December 7, 2011
Tuesday, November 22, 2011
Abah dapat kaki palsu. Alhamdulilah :)
Petang tadi mak call. Mak cakap abah dah dapat kaki palsu. Alhamdulillah. Syukur Ya Allah. Dapat juga abah kaki even kaki palsu pun. Senangla dia nak bergerak mana mana lepas ni. Then petang tadi juga abah call. 'Abah dah nak dapat kaki baru ni. Abah kat hospital.' Bergenang air mata aku. Dengar suara dia, happy je. Senang hati aku. Then aku cakap dengan abah dah ada kaki nanti boleh datang tengok alang kat Shah Alam. Then abah cakap, 'InsyaAllah nak.' Ya Allah, sukanya akuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!
Tuesday, October 25, 2011
kawan
to you my friend,
If you ignore me, I will ignore you. If you dont
start the conversation, we wont talk. If you
don't put in the effort, why should I?
thank you.
Thursday, October 20, 2011
super mom
ini baru sikit je dugaan yang Allah nak uji aku berbanding dugaan yang mak terima. 2 hari tanpa mak kat rumah ni macam macam benda yang aku kena tempuh dan yang aku kena hadap. bangun pagi, kejut adik adik bangun pergi sekolah, mandikan abah, kemas rumah. siapkan sarapan pagi abah dan jaga budak budak. tu pun aku dah rasa penat semacam buat semua tu. kadang kadang aku terfikir. macam mana mak boleh tempuh benda tu semua sorang sorang? hati jenis apa yang mak miliki? ya Allah, tabah betul mak hadapi dugaanMu. aku ni pun kadang kadang rasa tak tertanggung kalau nak tempuh benda ni semua. aku tak larat. tapi bila fikirkan mak, aku tahu aku kena kuat. kuat macam mak. setiap pagi kena marah dengan abah, kena hadap baran abah. orang sakit memang selalu macam tu kan? tadi pergi hospital tengok along, along sakit. macam tak tertanggung je aku rasa :( dan bila tengok muka mak, aku tahu mak penat. penat layan along. sampai dia cakap kat aku 'dah 2 hari mak tak tidur' ya Allah, belasnya aku kat dia. then balik dari hospital, abah terus angkat air sembahyang. abah jatuh! jatuh sebab licin. hati siapa yang tak sedih bila tengok abah jatuh depan mata? dengan keadaan kaki dia yang macam tu. sampai dia cakap 'kaki abah sakit' ya Allah, dugaan apa yang kau beri. tak sanggup tengok keadaan abah macam tu.
bila jauh dari mak ni, macam macam yang aku rasa. besar sangat pengorbanan dia kat keluarga aku. bersyukur ada mak yang macam tu. sungguh rasa tak ternilai pengorbanan yang dia buat. tuhan, aku nak jadi macam dia. aku nak kuat macam dia. aku nak tabah macam dia.
bila jauh dari mak ni, macam macam yang aku rasa. besar sangat pengorbanan dia kat keluarga aku. bersyukur ada mak yang macam tu. sungguh rasa tak ternilai pengorbanan yang dia buat. tuhan, aku nak jadi macam dia. aku nak kuat macam dia. aku nak tabah macam dia.
Subscribe to:
Posts (Atom)

